Thursday, August 29, 2013

raya 2013

selamat hari raya semua.

Adik beradik
Raya tahun ni amat meriah rasanya. Meriah kerana adik beradik2 keluargaku dan mertua semuanya ada.
Mmg kedua2 rumah meriah dengan jumlah ahlinya. rumahku tak yah critalah..total budak2 dari umur 1 bulan ke 17 tahun ada 15 orang, org2 dewasa 14 orang..wow ramaikan. bayangkan ada sebanyak itu budak2 mmg gamatlah tak kira siang atau malam rumah kita orang jerlah yg bising..

Raya tahun ni giliran rumah akulah pd sebelah pg, ptg  dah blk rumah ibu dan bapa suamiku. Adik beradiknya sorang jer tak ada, yg lain semua ada - 9 orang. Walaupun rumah tok abah dan tok ma dah tiada budak kecik tapi keriuhan anak2ku memecah kesunyian.

makan Time.
kalau time makan tu mmg rumah aku riuh rendah. ada 3 set hidangan. hidangan kat bawah untuk budak2, hidangan atas meja untuk para suami dan hidangan 3 untuk ibu2. menu, ada yg meriah dan ada yg biasa2 jer. tapi bila keadaan dah jd luar biasa apa yg dijamu semuanya licin.
bayangkan sekali goreng telor dadar 18 bijik..zap licin. beras abis yg 25 kilo tu untuk 1 week raya..ha..ha.. tok usah ckp la gula, milo, air gas, ais ketul dlllagi mknan semuanya sedap dan menyelerakan.

tempat tidur.
bayangkanlah kalau dah ramai cam tu..rumah nenek tu kalau dia dok sorang mmg luas. tapi bila dah semua ada jd sempit pulak..kena pandai2 ejas la tempat tido. sib baik rumah baru nenek sgt hampir dgn rumah lama. ada jugak yg tidur kat situ. tapi rumah tu dah uzur dan buruk (rumah lama aku)..rumah kayu..cucu semua panggil umah kak limah..knp? sbb lua nampak buruk..dlm lagi seram. penuh dengan barang2 nenek. periuh belangan dlll..tapi still boleh tidur..
aku tidur dimana? aku biasalah cuba gak cari pot yg tenang dan nyaman..kami terpaksa berpecah..suami dan kak long (kakak la) tidur kat luar dgn ahli2 yg lain. aku dlm bilik kakak yg ado air cond..heh..heh...alasan amirul dan kak ngah panas..

Tapi aku begilir2,  2mlm umah nenek, 2 mlm umah ma.. jadi ok2 lah.

gambar
biasalah bila anak2 semakin lincah, nak bgambar pun susah. Pagi raya nak merajuk la..jadi tak dpt bgambar bersama dgn suasana yg tenang..mcm2 reaksi muka ada. Amirul boleh lah sbb masih kecil dan didukung olehku. Kakaknya emmm susah benor. banyak gambar2 merapu.

disney XD
Kalo time raya ni mmg banyak citer2 menarik kat tv. tapi mlangnya amat susah skali nak tgk. Umi sibuk nge adik la. manakala kakak dialah yg dok control tv. baik umah nenek n umah tok abah..kacau btul. semua org geram jer..asyik2 channel disney XD. Padahal umah dia tak dok pun astro..pandai2 jer dok tekan..

itulah antara kenangan manis, masin suka duka raya ari tu...

layan jer la gambar2 ni..





alhamdulillah semuanya selamat..amin.


Friday, April 5, 2013

tunggu...

apa yang aku cita2 hampir mendapat..
btw tq papa coq bg dwpymt for my car. sayang papa.
anyway aku dah mula rasa hari yg makin mencabarlah buat diriku, sbb tak lama lagi aku kena bw kete sendiri. Ya Allah permudahkan.


Tuesday, January 22, 2013

sedih...

mood frust..sgt

entahlah ada beberapa perkara yang terasa hati ni sedih. biasalah kita manusia ni telah dianugerahi dengan sifat2 sedih, malu, kecewa, suka, duka, dan bermacam2 rasa lagi. kita saja tau diri kita di tahap mana. sedih gak la bila ada orang meletakkan diri kita di tahap paling minimun..kita berhak sedih. biasalah bila kita sedih kawan2 dan orng lain akan ckp jadikan itu sebagai pengajaran, muhasabah diri, ubah diri jadi yang lebih baik. sedap ah ckp tak kena nge korang...teruk sangat kah aku ni. tak kisah lah apa jua bab, bab keje ke, bab isteri ke, bab diri sendiri ke.

1. bab keje.. ye la aku mengaku ada bab yang kita ni sangat teruk senang cakap kan..tak pe la usaha lagi...ada gak ah terasa nak resign jer..tapi tu jalan mudah..

2. bab isteri ..susah sangat bila dapat suami bertaraf menteri ni, terlalu mengikut prosedur kerja, everything must excellent ...terlalu banyak jadual dia yang aku kena ikut..sedangkan terserlah sangat ketidakupayaan aku dalam satu perkara..iaitu tak leh bawak kete...he..he..bengon kan..mano logik ko dah kerja tapi tak leh bawa kete. mmg aku selalu rasa jadik beban, terhina dan terluka hanya kerana sbb tu. sedih sgt banyak kali kena sound..bukan dia marah tapi come on lah..aku nangis dlm hati..mulalah rasa nak bw hati..

3. ye la if aku pandai dan mahir bawak aku leh pergi, balik kerja bw anak2 aku sendiri, ikut jadual aku. so dia boleh la buat kerja dia walau ke langit hijau pun..aku tak kisah..tapi malang bagi aku terasa tak guna pun ada gak..

so pada tahun ni..cita2 dan impian aku nak beli keta..senang..nak tau plan aku

1. beli keta myvi---kalu mampu lah mampu kot, terpaksa harap2 jgn viva kodi
2. tukar anak2 skolah dan transit ke area putrajaya, amirul carik tabika kat putrajaya.
3. pagi2 aku hantar anak2 ke putrajaya, aku park kat erl putrajaya. pergi keje naik erl ke kl sentral. mula2 bawak kete mmg takut so paling dekat umah aku putrajayalah.
4. balik keja ambil anak2 . so drive safely to home..Ya Allah selamatkan kami.
5. abangku..tak kisah lah dia nak keje seteruk mana pun, mmg keje org laki pun carik duit BANYAK utk keluarga.marah nampak..tak lah..geram jer..namun aku sentiasa mendoakankan kekasihku itu sentiasa selamat..papa pada anak aku tu..sgt tegas...
6. mudah-mudahan aku berjaya..u all semua doa kan aku ye...

penilaiannya:
1. sbb tu lah aku masih tak dapat naik pangkat lagi.. if kena gi meeting lua tak kan aku nak tumpang org je..
2. tak kan suami ku nak kena hantar dan ambilku selalu...tak de perkembangan..cuba berdikari sket barulah super umi kan.
3. mudah2 hati ku tak terguris lagi.
4. bila mirul dah setahun dua nanti aku nak gi masuk kelas BI kat putrajaya..leh aku gi sendiri.. improve ur self..
5. aku pun leh gi mengikuti mana2 kelas agama, kelas buat roti ke,dgr ceramah ker mengenai pembentukan keluarga bahagia..he..he.. bw myvi..banyakkan impian aku..

pertingkatkan kemahiran diri, kerja dan rumahtangga...

Ya Allah permudahkanlah..amin

Monday, January 14, 2013

2013

2013 dah datang..

cepatnya masa berlalu, kita dah masuk thn 2013.
apa ye yang telah terjadi pd diriku, suami dan anak2..alhamdulillah semuanya bahagia.
tahun 2012 pa cer..
awal tahun tahniah kpd umi dah dpt lesen kerete, bulan january, tu pun tgh sarat mengandung 8 bulan.
29 february 2012 tahniah umi skali lagi - sbb melahirkan Mohamad Amirul Hakimin.
nurin amalia dan amalin meneruskan persekolah seperti kanak- kanak lain.
Papa semakin hebat menjadi seorang consultant..teruskan papa..
cuma satu je cita2 thun 2012 tak tercapai. ingat bleh naik pangkat..he..he..tapi belum ada rezeki, papa kata benda tu kita yang minta, so tak semua yang kita minta Allah akan bagi, lambat atau cepat, susah atau senang, semuanya datang dari Allah..tapi tak pe umi sekadar mencuba..
kehidupan seperti biasa, seperti rakan2 yang lain.
hantar anak sekolah, pergi kerja dan masa bersama anak2 dan keluarga.

2013
biasalah semua orang ada harapan dan cita2 baru..semoga kita semua akan mengecapi kebahagian dan terdidik menjadi insan bertaqwa. didik diri menjadi
hamba yang taat pada perintahNya,
isteri yang setia dan membahagiakan kepada suami yang comel dan penyayang,
umi yang cool dan sentiasa mendoakan putera dan puterinya2 dan
anak yang sentiasa sayang pada chek, ma dan abah.

Thursday, June 14, 2012

lamanye...

aku di masukkan dlm l.room no 2. dlm kul 12:30 am tanggal 29/2/2012.
masa tu sempat lagi call suami dah sampai hospital ke blum..dia tak jawab alah lg resah aku nih...
doc masuk dia kata kena strong pn supaya leh lahir normal..aku pun senyum lagi..
sakit tu semakin datanglah rasa ada benda nak keluar dan menekan kat bawah. tapi blum leh teran sbb bukaan baru 2 cm. aku pun dok menahan lah sakit dlm kul 2 am. doc dtg tgk bukaan lagi baru 3 cm..check jantung baby..adus serabut sungguh dgn wayar2 kat perut aku..
adus dah pukul 3 am masih blum pe2. sakit aku makin bertambah..gelisah tak terhingga
pap..alamak pe tuh..seluruh labour room bergelap..elektrik tak dak..
aku dlm l.room tu Tuhan saja yg tahu panas, takut, gelisah dlll perasaan. di tambah masa tu ada sorang ibu nk meneran..bukan main bising lg doc dan nurse sbb dia tak nak buka peha..pastu ibu2 yg klua masuk nak bersalin pun makin ramai aku rasa dah jdik mcm pasar ikan kat dlm tu..entah la ramai sungguh kelahiran  mlm tu...cepatlah elektrik ada aku panas ni..adalah dlm setengah jam gak lah bergolap.
suami masuk dlm labour room sbb nurse tgk aku dah gelisah...suami tolong tenangkan aku dan aku pun masih boleh bersabar..tq papa.
dah masuk kul 5am. aku di epiduralkan supaya tahap regangan mkin laju..tapi hasinya sikit je walau jam sudah kul 8am...Ya Allah sakitnya..

kul 8:00am doc masuk chc bukaan baru 7cm..oklah dah tak boleh tunggu sbb dah lama sgt aku pun sudah tiada tenaga dan lapar + dahaga. doc kata kalau nak push pun may be tak boleh. dia tgk aku kesian..
dia suruh nurse ready utk siapkan aku masuk bilik bedah..

sorang lagi dok kata tunggu lg 1 jam if tiada hasil bedah aje..
aku macam tak terdaya dah nk tunggu tolong lah buat ape saja kat aku ni..janji anak aku klua..lagi pun bimbang sangat kat dia takut jadi pe2..tapi doc kata baby ok.
suami pun suruh aku sabar lagi hope leh normal. so aku kuatkan semangat tahan lagi..wah..wah..terer dok aku..aku rasa tahap kesabaran paling max aku buat..
for the last dok suruh siapakan aku utk ke OT room. aku dan suami pasrah walau kita mengharapkan miracle but takdir aku kena lalui nye sekali lagi..frust gak aku masa tu..sempat main perasaan tuh..

sedih...
klua dari l.room aku ditolak atas katil operation..chek ada tunggu kat lua dgn adik dan anak buah aku.. thank to all sebab bagi support kat aku..paling aku sedih bila chek cium aku dia bisik kat aku " chek halalkan semuanya" alamak sedihnya rasa macam lepas ni aku dah tak jumpe mereka lagi..
suami ku bermuka resah dah entahlah..dia pun pasrah..dia pegang tangan aku dan ucapkan take care dan strong umi..alamak formalnye abgku ni...

ikuti kisah di OT room lak..

Monday, June 11, 2012

28/2/2012

pagi ni macam biasa bangun tido doc dtg check, nurse bg ubat,
aku bf dan duduk je atas katil. tgk org kiri kanan. kwn aku kat sebelah tu doc dah bg epidural sbb dah nak bersalin tapi jln masih x bukak. sebelah aku kanan aku ada sorang sakit sgt2 dah tapi doc kata jln tak bukak lagi..dua2 dok ngerang sakit...sek..sek...sek..sakit nurse..kesian aku dgr
sampai aku pun rasa nak buat2 sakit gak sbb dah bosan dok hospital tu nak je aku branak..nak tgk anak aku.
tiba2 kakak sebelah aku tu meluru turun katil dia kata dah nak klua ni.. tolong doc..hampir tertanggal kain dia..tak sempat nak sampai l.room terduduk kat keja nurse..darah dah klua menitik nitik..apa lagi kelua je kat situ doc yg cute yang sambut.. adus dgr tangisan anak dia..argh..lagi jiwaku bergelora rasa macam2..dah selamat dia aku bila lagi..tahniah untuk kakak tu..
waktu melawat tiba..cam biasa suami dan ibu ku datang ....tp semua cam resah gak lah aku masih blum pe2 lg..bila tgk abangku..tiba2 sayu je teringat kat kakak nurin..apalah dia tgh buat umah tok ma ni..rindu umi tak..soalan yg selalu aku tanya kat mereka berdua...teringat kat kenakalan mereka tu..sabar
aku kat wad tu tak la bosan kelbetulan sepupuku pun kerja dlm wad tu, kawan lama pun jd nurse situ gak, sedara pun jadi nurse aku gak..kira glamourrr gak la aku dlm wad tu.
bila tiba time melawat sessi petang lo...ramai lak yg datang sedara aku.. hik..hik..
kakak ku pun datang suapkan aku kurma ayam..tq. dia dtg dr terengganu. tp  masa tu aku dah macam tak lalu, sakit pun dah ada makin cepat. terasa ada benda menekan tapi boleh tahan lagi...siap gelak2, mak sedara aku datang bw telor ayam kg. aku dah agak dah kena mkn la tu, mertua aku pun dtg (ma) dia kata kena makan mentah2 tu baru senang branok. pe lagi aku di paksa makan, ramai yg dok keliling katik aku suruh aku makan. mane masuk mentah2 cam ni...mak sedara aku tu pecahkan telor ayam tu letak kuning telor dlm tapak tgn dia, dia sumbat dlm mulut aku..yekk..yek...masuk dlm tekak aku..kejap tu klua balik...nak muntah..dia sumbat balik terpaksala ku telan...kejam2habis semua dok gelak kat aku..gelak la gelak...

malamnya..
bila semua dah balik umah tinggal lah aku kat wad. td sepupu aku yg nurse tu datang pesan kat aku if rasa sakit bgtau cepat, aku ok jer n senyum.
kul 9 mlm tu aku rasa lain sikit macam sakit n tak selesa sabab td dah klua darah ketul dan lendir2. tapi aku baring2 je atas katil tu sambil tgk drama vanila coklat..habis citer aku tgk citer lain lah..sampailahkul 11:50 mlm aku rasa ngantuk "pop" bunyi dan rasa panas2 gitu bawah punggung ku..alamak air ketuban ku dah pecah..takutnya..aku trus panggil nurse..dia check dan dia panggil doc..lama gak lah doc nak datang..dlm 10 minit kot tp aku rasa lamanya apalah dia orang dok buat tu..
rupanya mlm tu ramai sungguh orang bersalin sampai doktor tak menang tangan,
doktor check aku..alamak baby dah klua najis ni dia check bukaan jln..baru 2 cm. aku tgk muka dok resah pastu datang pulak sorang doc...check lg, dia tanya aku nak bersalin normal ke operate ni..takut lambat jadi apa kat baby,
alamak takutnya aku..trus aku call abang ku,,,cepat la datang..tak tahu ladia pecut cam ner sbb nak kena bg decision ni...
sambil tu dok suruh aku bangun gi labour room. so aku jln lah perlahan2. aku ditempatkan labour room no.2..
ikuti kisah di labour room.....

Sunday, June 10, 2012

27/2/2012..cont..

pd 27/2/12 kehidupan diteruskan di hospital
bangun pagi mkn, mandi, duduk2 atas katil yg tinggi tu, ibu2 dlm wad tu silih bergantilah yg masuk yg dah masuk labour room.
aku tgk je lah masih rasa sakit sikit je.
tapi satu kejadian yg mengjutkan aku...jeng2..jeng....
ada lah sorang ibu tu nak bersalin sgt klua je toilet trus nak bersalin sib baik sempat dok atas katil itu pun sipi2 je sib baik gak anak dia tak jatuh bawah sempat nurse sambut..wah senangnye dia salin dln wad tu je tak sempat masuk l.room. pd tghhari tu..satu lagi kejadian yg sama tgh dok sengeh2 ngen aku tetiba rasa anak nak klua cepat2 la nurse tutup tirai katil dia nah,,..klua lah baby dia.. mudahnya...pd pandangan akulah sakitnye tu ibu2 semua tahulah...adus pucat gak aku tgk
msuk tgh hari tu..biasalah abgku dan ibuku dtg melawat..kih..kih..bw makanan skali
masuk ptg lak ramai pulak jiran2 ku dtg melawat kwnku pun ada hik..hik.. sronok gak tapi hatiku risau..semua dok tanya..hai ayu dok branok lagi..cepatlah tak sabar nok tgk anok mu nih...
ok kita sambung lagi ek...

Wednesday, May 30, 2012

episod 3

ah..ha pastinya anda semua tertungu tunggu episod seterusnya kan.

sebelum gi hospital tu sempat lagi pergi beli susu kambing, bayar bil telefon dgn suami. dalam kul 12 tu saya, suami dan chek pergi ke hospital kuala krai. sampai kat unit kelahiran, register dan nurse suruh masuk ke kawasan bilik bersalin...mak tolong...aku takut. suasana kat unit kelahiran tu dari dulu lagi macam seram skit sbb ye la kaw orang bersalin kan...perasaan je tuh.
tinggallah suami dan chek kat lua.
bila masuk mula lah aku seram maklumlah bilik2 org nak branak, ada yg nangis, mengerang kesakitan dll. doktor pun ada 3 orang, sorang doc lelaki tu dok wan ....comel..he..he..sempat lagi aku..
dlm tu ada 6 bilik bersalin dan ada tirai2.
nurse suruh aku tukar baju pakai baju hospital warna pink..sempat lah aku tgk ibu2 doh aduh..aduh..sakit...gemuruhnya
lepas tukar baju dok suruh baring atas katil dia nak check aku,
mulalah nurse pakaikan mesin nak check jantung baby, ambik darah, urin, tanya macam2, paling gerun pertama kali aku rasa doc wan tadi nak tgk bukaan jln. aduh sakitnya..tapi dia dah baca bismillah dan buat perlahan aku rasa cuma kaedah tu memang sakit...dia kata masih tak buka lagi... lama aku kat situ dlm dua jam, darah aku naik doc pun takut gak sbb ikut rekod darah aku ok..aku tau kenapa...

mana tak nye, aku yg keadaan segar bugar tu dok dlm bilik beranak takut sungguh aku..kejap tu dtg dok pakar dia check perut aku nak pastikan aku leh bersalin normal ke tidak..katanya boleh..aku lega

dlm kul 1.00 pm doc suruh aku masuk wad..so en suami dan chek teman lah aku sementara waktu rehat..habis waktu rehat suami dan chek blk dulu nak rehat. aku pun layan lah diri kat wad bersama rakan2 yg lain.. masa tu rasa sangat rindu kat kakak nurin walau baru pg td terpisah..rindu dan syahdunya...anak2 umi..maka berakhir lah 26/02/2012 tu..

27/02/2012...cerita seterusnya..

Monday, May 14, 2012

episod 2

mlm 25/2/2012
pd mlm tu saya dan keluarga berada dirumah mertua.saya mula rasa tak sedap la. rasa sakit sikit2. saya bgitau ma.lepas tu ma panggil mak bidan tolong tgk2kan. mak bidan ada la urut2 perut saya sikit. katanya saya ni dah nak bersalin may be esok atau lusa je..mulalah saya ni risau dan takut gak.
esok pagi lepas solat subuh saya dan suami terus balik rumah chek(mak saya) kebetulan rumah ma dan chek tak jauh. masa nak pergi tu sedih pulak rasa. kakak nurin masih tido lagi saya tinggal.

pagi 26/2/2012
pagi tu sempat makan nasi kerabu, relek2 dulu rumah chek. hari ni saya dah kena pergi hospital sebab dah lebih due 3 hari.jam 9 pagi tu rasa ngantuk pulak..tido dulu lah kejap...dlm kul 10 tu en.suami ajak klua cari susu kambing. masa tu adalah rasa sakit sikit2 je. dlm kul 11 lebih tu chek dah ajak gi hospital. kebetulan hospital pun tak jauh dari rumah saya...nanti saya ceritakan pengalaman kat hospital.

Sunday, May 13, 2012

cerita kelahiran amirul

episod 1.. 23/02/2012
em...salam semua
lama tak menulis,
saya dah hampir 3 bulan melahirkan amirul. nama hero saya Mohamad Amirul Hakimin bin Asmawadi. crita kelahiran amirul ni agak seronok skit la.
pada mulanya saya rancang nak lahirkan amirul kat KL ni dan suami saya ikut saja asalkan semuanya selamat. nenek kat kg dok suruh blk bsalin kat kuala krai, senang kata dia.kebetulan saya kali ni ambil cuti awal sikit sbb rasa tak larat nak gi kerja. due saya 23/02/2012. suami pun pd hari tu dah bercuti takut2 saya bersalin. tapi saya masih tak rasa sakit lg. pada thg hari tu en suami masih tanya nak balik kg atau tidak takut la jd pe2 sbb sy melahirkan kakak nurin sebelum ni melalui pembedahan. suami kata takut juga kena bedah yg ni. agak rumit sikit la kalau lahir kat sini. org kg pasti susah nak dtg.

fikir punya fikir sampai saya nangis kat dapur rasa cam mane ek...entah lah susah nak ckp. akhirnya pd mlm 23 tu saya ambil keputusan blk je lah bagi memuaskan hati semua. sepanjang pjlnan en.suami dok tanya saya ok ker tak dia pun takut saya pun takut, ialah hari due tu sy blk kg kelantan tu jauh jadik pe2 kang...awal pagi tu sampailah kg...selamat.

pada 24/02/2012
saya dan en.suami pergi check up kat klinik kesihatan bandar kuala krai...hasilnya tiada pe2lah saya dan baby ok, cuma nurse suruh saya ke hospital pada 26/02/2012 if tak bersalin lagi. sy masih tak rasa pe2 nak bsalin. balik rumah chek(mak saya) borak2..gelak2...

pada 25/02/2012
pada mlm 25 tu saya di rumah mertua..ma...tunggu ek cont... nyer next episod

Wednesday, February 15, 2012

cuti..cuti

em..salam semua,
ari ni bermulalah cuti umi. due next week tapi sbb dah tak larat cuti je lah.
tapi bosan gak dok umah ni sementara menunggu new born ni. kakak nurin pun tak ada gi skolah.
tak pelah leh lah kemas2 umah sikit.
pastu dah bersalin nanti kena balik kg kuala krai lah berpantang kat sana. may be kejap je lah sbb kakak uyin skolah. lg pulak tak tahulah sikembar umi dua orang tu prestasinya cam ner kat kg, takut kacau bilau jer, mula2 happy lg tapi bila papa dah tinggal umi pulak sibuk ngan adik dia start la buat hal, nasib lah sapa yg jaga dia nanti.
semoga dipermudahkan semuanya nanti..amin

Sunday, November 13, 2011

keperluan baby

keperluan baby
hajatnya bulan 12 nanti boleh la start beli barang baby sbb dah msk 7 bulan,
tapi sebelum tu kena geledah barang2 kakak nurin dulu rasanya banyak lagi baju new born yang elok. dulu kakak nurin hanya pakai sekejap je baju new born maklumlah badan cpt besar.
  • Baju lengan pendek 5 helai
  • Baju lengan panjang 5 helai
  • Seluar pendek 5 helai
  • Seluar Panjang 5 helai
  • Stokin bayi
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Napkin( lampin) kain 10 helai - kakak nurin punya pun masih baru dan elok lagi tak yah beli kot
  • Napkin liner ( jika kita menggunakan kain napkin) - ni utk situasi baby sakit perut je
  • Diapers pakai buang
  • Minyak untuk sapuan pada bayi utk elakkan kembung perut - kakak nurin kata minyak yuyi cap limau
  • Tuam bayi - slalu tok ma buat sendiri dia rajin tuam2 ni
  • Pelapik getah - ni kena beli kakak nurin punya dah rosak
  • Tilam bayi - kena cari yg kakak nurin dulu tilam kabu
  • Berus pencuci botol - tggu lah org hadiah yg ni
  • pembalut perut ni sgt penting - dulu nenek kamariah jahit dia punya saiz tu besarlah skit tak macam yg beli tu kecik. tapi balut perut tu kakak2ku bersalin semua pakat guna yg tu, skarang entah berada ditangan siapa.. adakah kena buat semula...

Wednesday, November 9, 2011

masuk bulan ke 6

cepat betul masa berlalu, kandunganku dah masuh bulan ke 6. dah tak lama dah adik kakak nurin akan dilahirkan, insyaallah.
kakak nurin biasalah hari2 suruh umi keluarkan baby nak pegang baby.
di saat ini tidak lain yang umi harapkan dan doakan pada Yang Maha Kuasa agar anak dalam kandunganku ini sihat sempurna jauh dari segala segala kesulitan. amin
hamil kali ni pun sama dengan hamil kembar dulu. cuma kali ni cepat terasa letih sikit..tua dah kot...he..he.
alhamdullilah tiada apa2 yang menyukarkan, harapnya dipermudahkan segalanya.
ape..jantina? blum tahu lagi

Thursday, July 28, 2011

layan je

ari ni masih dok baca lid punya bebelan..ha.ha.. mare ker? jgn la mare sahabat, biasela soklan tu nanti kan
bila tak dok oreng tanya mu busan pulok idup.. cuba positif sket..bila oreng dok tanya tentang pelajaran mu maknanya dia nampok ko bijak so nak tau lah skor brape,

bila oreng tanya dok kawin lagi maknanya oreng dok ternantikan persandingan mu--mesti comel kalu budak ni kawin.

bile oreng dok tanya tak dak isi lagi ker- oreng nak tgk anok mu mesti slim2 cam mu, cubalah bangga oreng nak tgk anok kito.

shida tuh tak reti2 nok tamboh.

ha..ha..jge maro sahabat gurau2 jer

ha.ha..

sari dua ni   tak dok keje lah. saja buka blog baca blog lid...hik..hik..macam..macam dia tulis pasal period pun ader..mmg lah lucu kalu cakap pasal period ni..
ada kawan2 aku yang terkena baju skolah lah..malu nak jalan gi toilet pun kena kawan iring. ada pulak jenis yang kalu time period tu sibuk jer dok tanya kawan. contohnya kalau dalam kelas tu tengah duduk pastu bangun nak gi toilet, "piss,,,piss,,ada tak kat baju aku?" siap suruh kawan tolong tengokkan kat baju ada tak kesan2 da... tu. ngampah jalan jer lah. boleh tak percaya pada pad yg di pakai. oopp maklumlah kita waktu2 skolah dulu rata2 anak orang tak berada pakai pun yg murah cepat lah penuh...hikk..hik..
ada lagi kes ni aku sendiri mula2 datang waktu tingkatan 2 aku ni kira aktif sukan lah...ha..ha...punyala takut keluar sampai pakai 2 adus rimasnya, ketatnya, panasnya macam2 rasa.

tapi skarang kekadang tu rasa malas nak pakai pun ader...

tapi jugak aku ni dah 2 bulan tak dtg ni cam ner?... aku ingat lid pun nak join aku n zuna tapi dia malu2 kot.
slamat datang wahai baby umi, semoga usia mu 9w ni tenang dan ceria dlam rahim umi.

Wednesday, May 18, 2011

lamanya

lamanya tak menulis.
biasalah alasannya sebok sket dan malas, 2 perkara yang orang2 suka beralasan.

sebenarnya banyok aktiviti selama dok sebok ni.

1. sebok kerja
2. packing barang
3. pindah rumah baru
4. kemas rumah baru...tapi masih tak habis2 lagi..
5. urusan tukar keto baru
6. dlm usaha nak anak baru..jika diizinkan Olehnya..
nanti ada masa sy attachkan gambar2 di atas..

Tuesday, March 15, 2011

anak diusia hampir 4 tahun

nurin diusia hampir 4 tahun ni adalah bberapa perkara yg dah boleh diharap dan sangat tak boleh diharap..

yang boleh diharap
===============
1. kalau umi lipat baju cepat2 dia nak gi simpan kain yg dilipat samada dalam bilik atau kat bakul dia--prestasi macam ok
2. nak gi kencing dan basuh sendiri - umi intai2 sama kot dia tak basuh, si adik tu kadang ngelat gak lepas ken..trus lari, kakak good
3. nak mkn cpt2 baca doa--sgt pandai amin..
4. lepas mandi ambik baju kegemaran dia kat ampaian ---cepat tak yah suruh. hari2 baju tu pun tak pe
5. nak mkn ready ambik pinggan princess n sepoon sendiri
6. buka dvd nge computer...pandai sungguh citer barbie n princess, pandai sgt kalu dvd tgh main pun dia gi buka tempat letak dvd tu dah tak nak tgk citer tu...rosak2
7. nk tido--dah lancar baca doa tido hasil bacaan umi setiap mlm, mula2 bc doa tido pastu doa   lg"Ya Allah ampunkan dosa papa dan umiku" alamak pandainyeeerrr
8. ni yg tak tahan slalu dok ckp org putih merapu..hasil tgk dvd princess...tp yg dia slalu sebut "i have something for U", "opppp sory" "come on adik" what can i do for U....kikk..kikk.. ayat2 dlm cartoon la tu

sgt tak boleh diharap
==============

1. mandi sendiri--alamat habis sabun yg ada dlm blk air
2. suruh ambik brg dlm peti, brg x dapat dia pulah dok dlm peti
3. kalu pintu bilik umi terbuka alamt habis bedak, lipsetik minyak rambut papa dlll musnah..
4.bg minum air sendiri--banjir lah
5. bermain bersama tanpa papa n umi dok dekat...pasti bergaduh,,gigit menggigit dll.

Monday, March 14, 2011

"Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita."
-------------------------------------------

untuk anak2 yg soleh dan solehah..
kali ni, saja saya nak ceritakan perihal anak kembar saya, usianya semakin mencecah 4 tahun, semakin hari semakin bijak, nakal, petah cakap,suka sangat nak bergaduh dan buat perkara yg membuatkan umi dan papa terasa nak marah dan geram. dalam geram2 pun ada lucunya.
setiap kali nurin buat perangai terasa geramnya. tapi sabarkan hati ,papa slalu kata, nurin baru 3 tahun bukan darjah 3, so bnyakan bersabar. selalu juga aku sebut malah setiap hari, kakak adik nak jadi anak solehah tak? nurin tanya solehah ape umi? umi pun jawab la anak yg baik lah sayang umi dan papa.

Allah MARAH
Time2 adik menjadi punca gaduh  kakak lah jdik mangsa, kena gigit tu slalu lah. umi slalu pesan jgn gaduh Allah marah. setiap hari umi dok cakap kekadang dia dengar..kekadang dia buat dok je..bialah yg penting aku cakap..semoga anak2 ku dengar.
terkejut..
semlm hebat juga dia dua tu bergaduh sampai papa tak tahan pura2 pakai seluar nak gi ofis baru reda..padahal papa keluar dok depan pintu umah je..sambil tu adik dlm sedu2 tangis cakap kakak tak nak lawan nanti ALLAH marah adik sori..terkejut aku dgr ayat tu..maksudnya apa yg aku cakap selama ni dia dgr walaupun dia masih tak tahu erti ALLAH marah. tapi dia tahu kalau situasi macam tu Allah akan marah..

Tuesday, February 15, 2011

go green....

salam sejahtera buat sahabat2 yg sentiasa dirahmati olenNYA,

ke mana kita semua musim cuti2 malaysia ni.. semestinya dipenuhi dgn aktiviti yg membahagiakan. begitu juga dgn saya. skarang ni cuti je pergi ziarah rumah baru. ahad lepas kami berempat menjayakan project go green kat rumah baru. aktiviti tanam pokok buahan, ado mangga, jambu dan limau kasturi. aktiviti sebegini baguus sbb kita dpt kluakan peluh dan paling best sikembar bukan main lagi sronok dgn aktiviti mcm ni. ini semua idea papa lah beli pokok nak hijaukan rumah baru, harapnye lepas ni tak beli buah mangga, limau dan jambulah. sbb dah tumbuh segar dan berbuah lebat kat rumah. tak perlulah ijan bw limau lg kat aku ni...nanti aku jual kat kkwan ....he..he.. nak tgk hasil nye yg ku tanam..

process menggali, ni jer yg mammpu ku gali aduhhh sakit tangan..en AS lah terus sambung dia ader cangkul besar, aku gali sikit kembar sebokk nak gali juga..

kok mangga aku tanam... rm28 rege pokok nih

en AS tanam..

kok limau kembar tanam...he..he.. takut je pokok tu kat dia.. tgk tuh tgn dia geram nak cabut jer pokok tuh.. kaki adik tuh hampir nak pijak tuh


kok jambu yg ku benamkan
rumahku tgk dok reno..


sempat main kawin nge pokok rumput..

amboi..mcm sopan lah tu..padahal

Monday, February 7, 2011

corelle

salam semua kwn2..
lama dah kita tak bersama, biasa le sibuk skit, dengan urusan dunia ni. sibuk melayani kerenah si kembar yg begitu manja dan aktif. sibuk juga memantau rumah baru maklumlah baru dapat kunci kan.. he..he..ada lah buat touch up skit sblum kami skluarga melangkah masuk ke rumah baru. nanti kalau ada rezeki kita jemput kwn2 datang buat lawatan munibbah.
kesempatan CNY ari tu sempat la blk kg ziarah orang tua. sempat juga pergi rantau panjang soping..dah  suami nak bg hediah pa lagi laju lah aku pergi. tp sedikit gusar kena bawa nurin pasal tak de orang nak jaga dia. tak pe lah bw jugak. tapi dlm pkiran aku tau dah kalau bw dia mesti merana perasaan aku nanti.
sampai je RP terus abg parking kat kedai yg ku idamkan..ah..ha.. corelle la..aku dapt memilih wah..banyak jenis ada, and harga nya pun berpatutan.
 jalan2 lg jumpa satu kedai ni ok lah banyak pilihan. pinggan ni mmg aku idamkan maklumlah rege nya pun mahal kalu kat kl and dlm buku rege dia dlm rm600.00 tu pun ikut kuantiti. tapi kat RP ni separuh harga lah dan umi dapatlah satu set abg hadiahkan. tq abg.
lepas beli tuh pe lagi nurin dah mula buat hal nak mainan and baju princess siap nangis2 lagi kat kedia...malu....kenalah papa beli baju princess 4 pasang n patung barbie adus pastu nangis lagi nak lagi beli barbie so kesudahannye kami tak lama kat RP kenalah balik.tapi tak pe umi dah dapat adiah... nak tgk pinggan corelle yg di beli