Thursday, August 29, 2013

raya 2013

selamat hari raya semua.

Adik beradik
Raya tahun ni amat meriah rasanya. Meriah kerana adik beradik2 keluargaku dan mertua semuanya ada.
Mmg kedua2 rumah meriah dengan jumlah ahlinya. rumahku tak yah critalah..total budak2 dari umur 1 bulan ke 17 tahun ada 15 orang, org2 dewasa 14 orang..wow ramaikan. bayangkan ada sebanyak itu budak2 mmg gamatlah tak kira siang atau malam rumah kita orang jerlah yg bising..

Raya tahun ni giliran rumah akulah pd sebelah pg, ptg  dah blk rumah ibu dan bapa suamiku. Adik beradiknya sorang jer tak ada, yg lain semua ada - 9 orang. Walaupun rumah tok abah dan tok ma dah tiada budak kecik tapi keriuhan anak2ku memecah kesunyian.

makan Time.
kalau time makan tu mmg rumah aku riuh rendah. ada 3 set hidangan. hidangan kat bawah untuk budak2, hidangan atas meja untuk para suami dan hidangan 3 untuk ibu2. menu, ada yg meriah dan ada yg biasa2 jer. tapi bila keadaan dah jd luar biasa apa yg dijamu semuanya licin.
bayangkan sekali goreng telor dadar 18 bijik..zap licin. beras abis yg 25 kilo tu untuk 1 week raya..ha..ha.. tok usah ckp la gula, milo, air gas, ais ketul dlllagi mknan semuanya sedap dan menyelerakan.

tempat tidur.
bayangkanlah kalau dah ramai cam tu..rumah nenek tu kalau dia dok sorang mmg luas. tapi bila dah semua ada jd sempit pulak..kena pandai2 ejas la tempat tido. sib baik rumah baru nenek sgt hampir dgn rumah lama. ada jugak yg tidur kat situ. tapi rumah tu dah uzur dan buruk (rumah lama aku)..rumah kayu..cucu semua panggil umah kak limah..knp? sbb lua nampak buruk..dlm lagi seram. penuh dengan barang2 nenek. periuh belangan dlll..tapi still boleh tidur..
aku tidur dimana? aku biasalah cuba gak cari pot yg tenang dan nyaman..kami terpaksa berpecah..suami dan kak long (kakak la) tidur kat luar dgn ahli2 yg lain. aku dlm bilik kakak yg ado air cond..heh..heh...alasan amirul dan kak ngah panas..

Tapi aku begilir2,  2mlm umah nenek, 2 mlm umah ma.. jadi ok2 lah.

gambar
biasalah bila anak2 semakin lincah, nak bgambar pun susah. Pagi raya nak merajuk la..jadi tak dpt bgambar bersama dgn suasana yg tenang..mcm2 reaksi muka ada. Amirul boleh lah sbb masih kecil dan didukung olehku. Kakaknya emmm susah benor. banyak gambar2 merapu.

disney XD
Kalo time raya ni mmg banyak citer2 menarik kat tv. tapi mlangnya amat susah skali nak tgk. Umi sibuk nge adik la. manakala kakak dialah yg dok control tv. baik umah nenek n umah tok abah..kacau btul. semua org geram jer..asyik2 channel disney XD. Padahal umah dia tak dok pun astro..pandai2 jer dok tekan..

itulah antara kenangan manis, masin suka duka raya ari tu...

layan jer la gambar2 ni..





alhamdulillah semuanya selamat..amin.


Friday, April 5, 2013

tunggu...

apa yang aku cita2 hampir mendapat..
btw tq papa coq bg dwpymt for my car. sayang papa.
anyway aku dah mula rasa hari yg makin mencabarlah buat diriku, sbb tak lama lagi aku kena bw kete sendiri. Ya Allah permudahkan.


Tuesday, January 22, 2013

sedih...

mood frust..sgt

entahlah ada beberapa perkara yang terasa hati ni sedih. biasalah kita manusia ni telah dianugerahi dengan sifat2 sedih, malu, kecewa, suka, duka, dan bermacam2 rasa lagi. kita saja tau diri kita di tahap mana. sedih gak la bila ada orang meletakkan diri kita di tahap paling minimun..kita berhak sedih. biasalah bila kita sedih kawan2 dan orng lain akan ckp jadikan itu sebagai pengajaran, muhasabah diri, ubah diri jadi yang lebih baik. sedap ah ckp tak kena nge korang...teruk sangat kah aku ni. tak kisah lah apa jua bab, bab keje ke, bab isteri ke, bab diri sendiri ke.

1. bab keje.. ye la aku mengaku ada bab yang kita ni sangat teruk senang cakap kan..tak pe la usaha lagi...ada gak ah terasa nak resign jer..tapi tu jalan mudah..

2. bab isteri ..susah sangat bila dapat suami bertaraf menteri ni, terlalu mengikut prosedur kerja, everything must excellent ...terlalu banyak jadual dia yang aku kena ikut..sedangkan terserlah sangat ketidakupayaan aku dalam satu perkara..iaitu tak leh bawak kete...he..he..bengon kan..mano logik ko dah kerja tapi tak leh bawa kete. mmg aku selalu rasa jadik beban, terhina dan terluka hanya kerana sbb tu. sedih sgt banyak kali kena sound..bukan dia marah tapi come on lah..aku nangis dlm hati..mulalah rasa nak bw hati..

3. ye la if aku pandai dan mahir bawak aku leh pergi, balik kerja bw anak2 aku sendiri, ikut jadual aku. so dia boleh la buat kerja dia walau ke langit hijau pun..aku tak kisah..tapi malang bagi aku terasa tak guna pun ada gak..

so pada tahun ni..cita2 dan impian aku nak beli keta..senang..nak tau plan aku

1. beli keta myvi---kalu mampu lah mampu kot, terpaksa harap2 jgn viva kodi
2. tukar anak2 skolah dan transit ke area putrajaya, amirul carik tabika kat putrajaya.
3. pagi2 aku hantar anak2 ke putrajaya, aku park kat erl putrajaya. pergi keje naik erl ke kl sentral. mula2 bawak kete mmg takut so paling dekat umah aku putrajayalah.
4. balik keja ambil anak2 . so drive safely to home..Ya Allah selamatkan kami.
5. abangku..tak kisah lah dia nak keje seteruk mana pun, mmg keje org laki pun carik duit BANYAK utk keluarga.marah nampak..tak lah..geram jer..namun aku sentiasa mendoakankan kekasihku itu sentiasa selamat..papa pada anak aku tu..sgt tegas...
6. mudah-mudahan aku berjaya..u all semua doa kan aku ye...

penilaiannya:
1. sbb tu lah aku masih tak dapat naik pangkat lagi.. if kena gi meeting lua tak kan aku nak tumpang org je..
2. tak kan suami ku nak kena hantar dan ambilku selalu...tak de perkembangan..cuba berdikari sket barulah super umi kan.
3. mudah2 hati ku tak terguris lagi.
4. bila mirul dah setahun dua nanti aku nak gi masuk kelas BI kat putrajaya..leh aku gi sendiri.. improve ur self..
5. aku pun leh gi mengikuti mana2 kelas agama, kelas buat roti ke,dgr ceramah ker mengenai pembentukan keluarga bahagia..he..he.. bw myvi..banyakkan impian aku..

pertingkatkan kemahiran diri, kerja dan rumahtangga...

Ya Allah permudahkanlah..amin

Monday, January 14, 2013

2013

2013 dah datang..

cepatnya masa berlalu, kita dah masuk thn 2013.
apa ye yang telah terjadi pd diriku, suami dan anak2..alhamdulillah semuanya bahagia.
tahun 2012 pa cer..
awal tahun tahniah kpd umi dah dpt lesen kerete, bulan january, tu pun tgh sarat mengandung 8 bulan.
29 february 2012 tahniah umi skali lagi - sbb melahirkan Mohamad Amirul Hakimin.
nurin amalia dan amalin meneruskan persekolah seperti kanak- kanak lain.
Papa semakin hebat menjadi seorang consultant..teruskan papa..
cuma satu je cita2 thun 2012 tak tercapai. ingat bleh naik pangkat..he..he..tapi belum ada rezeki, papa kata benda tu kita yang minta, so tak semua yang kita minta Allah akan bagi, lambat atau cepat, susah atau senang, semuanya datang dari Allah..tapi tak pe umi sekadar mencuba..
kehidupan seperti biasa, seperti rakan2 yang lain.
hantar anak sekolah, pergi kerja dan masa bersama anak2 dan keluarga.

2013
biasalah semua orang ada harapan dan cita2 baru..semoga kita semua akan mengecapi kebahagian dan terdidik menjadi insan bertaqwa. didik diri menjadi
hamba yang taat pada perintahNya,
isteri yang setia dan membahagiakan kepada suami yang comel dan penyayang,
umi yang cool dan sentiasa mendoakan putera dan puterinya2 dan
anak yang sentiasa sayang pada chek, ma dan abah.

Thursday, June 14, 2012

lamanye...

aku di masukkan dlm l.room no 2. dlm kul 12:30 am tanggal 29/2/2012.
masa tu sempat lagi call suami dah sampai hospital ke blum..dia tak jawab alah lg resah aku nih...
doc masuk dia kata kena strong pn supaya leh lahir normal..aku pun senyum lagi..
sakit tu semakin datanglah rasa ada benda nak keluar dan menekan kat bawah. tapi blum leh teran sbb bukaan baru 2 cm. aku pun dok menahan lah sakit dlm kul 2 am. doc dtg tgk bukaan lagi baru 3 cm..check jantung baby..adus serabut sungguh dgn wayar2 kat perut aku..
adus dah pukul 3 am masih blum pe2. sakit aku makin bertambah..gelisah tak terhingga
pap..alamak pe tuh..seluruh labour room bergelap..elektrik tak dak..
aku dlm l.room tu Tuhan saja yg tahu panas, takut, gelisah dlll perasaan. di tambah masa tu ada sorang ibu nk meneran..bukan main bising lg doc dan nurse sbb dia tak nak buka peha..pastu ibu2 yg klua masuk nak bersalin pun makin ramai aku rasa dah jdik mcm pasar ikan kat dlm tu..entah la ramai sungguh kelahiran  mlm tu...cepatlah elektrik ada aku panas ni..adalah dlm setengah jam gak lah bergolap.
suami masuk dlm labour room sbb nurse tgk aku dah gelisah...suami tolong tenangkan aku dan aku pun masih boleh bersabar..tq papa.
dah masuk kul 5am. aku di epiduralkan supaya tahap regangan mkin laju..tapi hasinya sikit je walau jam sudah kul 8am...Ya Allah sakitnya..

kul 8:00am doc masuk chc bukaan baru 7cm..oklah dah tak boleh tunggu sbb dah lama sgt aku pun sudah tiada tenaga dan lapar + dahaga. doc kata kalau nak push pun may be tak boleh. dia tgk aku kesian..
dia suruh nurse ready utk siapkan aku masuk bilik bedah..

sorang lagi dok kata tunggu lg 1 jam if tiada hasil bedah aje..
aku macam tak terdaya dah nk tunggu tolong lah buat ape saja kat aku ni..janji anak aku klua..lagi pun bimbang sangat kat dia takut jadi pe2..tapi doc kata baby ok.
suami pun suruh aku sabar lagi hope leh normal. so aku kuatkan semangat tahan lagi..wah..wah..terer dok aku..aku rasa tahap kesabaran paling max aku buat..
for the last dok suruh siapakan aku utk ke OT room. aku dan suami pasrah walau kita mengharapkan miracle but takdir aku kena lalui nye sekali lagi..frust gak aku masa tu..sempat main perasaan tuh..

sedih...
klua dari l.room aku ditolak atas katil operation..chek ada tunggu kat lua dgn adik dan anak buah aku.. thank to all sebab bagi support kat aku..paling aku sedih bila chek cium aku dia bisik kat aku " chek halalkan semuanya" alamak sedihnya rasa macam lepas ni aku dah tak jumpe mereka lagi..
suami ku bermuka resah dah entahlah..dia pun pasrah..dia pegang tangan aku dan ucapkan take care dan strong umi..alamak formalnye abgku ni...

ikuti kisah di OT room lak..

Monday, June 11, 2012

28/2/2012

pagi ni macam biasa bangun tido doc dtg check, nurse bg ubat,
aku bf dan duduk je atas katil. tgk org kiri kanan. kwn aku kat sebelah tu doc dah bg epidural sbb dah nak bersalin tapi jln masih x bukak. sebelah aku kanan aku ada sorang sakit sgt2 dah tapi doc kata jln tak bukak lagi..dua2 dok ngerang sakit...sek..sek...sek..sakit nurse..kesian aku dgr
sampai aku pun rasa nak buat2 sakit gak sbb dah bosan dok hospital tu nak je aku branak..nak tgk anak aku.
tiba2 kakak sebelah aku tu meluru turun katil dia kata dah nak klua ni.. tolong doc..hampir tertanggal kain dia..tak sempat nak sampai l.room terduduk kat keja nurse..darah dah klua menitik nitik..apa lagi kelua je kat situ doc yg cute yang sambut.. adus dgr tangisan anak dia..argh..lagi jiwaku bergelora rasa macam2..dah selamat dia aku bila lagi..tahniah untuk kakak tu..
waktu melawat tiba..cam biasa suami dan ibu ku datang ....tp semua cam resah gak lah aku masih blum pe2 lg..bila tgk abangku..tiba2 sayu je teringat kat kakak nurin..apalah dia tgh buat umah tok ma ni..rindu umi tak..soalan yg selalu aku tanya kat mereka berdua...teringat kat kenakalan mereka tu..sabar
aku kat wad tu tak la bosan kelbetulan sepupuku pun kerja dlm wad tu, kawan lama pun jd nurse situ gak, sedara pun jadi nurse aku gak..kira glamourrr gak la aku dlm wad tu.
bila tiba time melawat sessi petang lo...ramai lak yg datang sedara aku.. hik..hik..
kakak ku pun datang suapkan aku kurma ayam..tq. dia dtg dr terengganu. tp  masa tu aku dah macam tak lalu, sakit pun dah ada makin cepat. terasa ada benda menekan tapi boleh tahan lagi...siap gelak2, mak sedara aku datang bw telor ayam kg. aku dah agak dah kena mkn la tu, mertua aku pun dtg (ma) dia kata kena makan mentah2 tu baru senang branok. pe lagi aku di paksa makan, ramai yg dok keliling katik aku suruh aku makan. mane masuk mentah2 cam ni...mak sedara aku tu pecahkan telor ayam tu letak kuning telor dlm tapak tgn dia, dia sumbat dlm mulut aku..yekk..yek...masuk dlm tekak aku..kejap tu klua balik...nak muntah..dia sumbat balik terpaksala ku telan...kejam2habis semua dok gelak kat aku..gelak la gelak...

malamnya..
bila semua dah balik umah tinggal lah aku kat wad. td sepupu aku yg nurse tu datang pesan kat aku if rasa sakit bgtau cepat, aku ok jer n senyum.
kul 9 mlm tu aku rasa lain sikit macam sakit n tak selesa sabab td dah klua darah ketul dan lendir2. tapi aku baring2 je atas katil tu sambil tgk drama vanila coklat..habis citer aku tgk citer lain lah..sampailahkul 11:50 mlm aku rasa ngantuk "pop" bunyi dan rasa panas2 gitu bawah punggung ku..alamak air ketuban ku dah pecah..takutnya..aku trus panggil nurse..dia check dan dia panggil doc..lama gak lah doc nak datang..dlm 10 minit kot tp aku rasa lamanya apalah dia orang dok buat tu..
rupanya mlm tu ramai sungguh orang bersalin sampai doktor tak menang tangan,
doktor check aku..alamak baby dah klua najis ni dia check bukaan jln..baru 2 cm. aku tgk muka dok resah pastu datang pulak sorang doc...check lg, dia tanya aku nak bersalin normal ke operate ni..takut lambat jadi apa kat baby,
alamak takutnya aku..trus aku call abang ku,,,cepat la datang..tak tahu ladia pecut cam ner sbb nak kena bg decision ni...
sambil tu dok suruh aku bangun gi labour room. so aku jln lah perlahan2. aku ditempatkan labour room no.2..
ikuti kisah di labour room.....

Sunday, June 10, 2012

27/2/2012..cont..

pd 27/2/12 kehidupan diteruskan di hospital
bangun pagi mkn, mandi, duduk2 atas katil yg tinggi tu, ibu2 dlm wad tu silih bergantilah yg masuk yg dah masuk labour room.
aku tgk je lah masih rasa sakit sikit je.
tapi satu kejadian yg mengjutkan aku...jeng2..jeng....
ada lah sorang ibu tu nak bersalin sgt klua je toilet trus nak bersalin sib baik sempat dok atas katil itu pun sipi2 je sib baik gak anak dia tak jatuh bawah sempat nurse sambut..wah senangnye dia salin dln wad tu je tak sempat masuk l.room. pd tghhari tu..satu lagi kejadian yg sama tgh dok sengeh2 ngen aku tetiba rasa anak nak klua cepat2 la nurse tutup tirai katil dia nah,,..klua lah baby dia.. mudahnya...pd pandangan akulah sakitnye tu ibu2 semua tahulah...adus pucat gak aku tgk
msuk tgh hari tu..biasalah abgku dan ibuku dtg melawat..kih..kih..bw makanan skali
masuk ptg lak ramai pulak jiran2 ku dtg melawat kwnku pun ada hik..hik.. sronok gak tapi hatiku risau..semua dok tanya..hai ayu dok branok lagi..cepatlah tak sabar nok tgk anok mu nih...
ok kita sambung lagi ek...