Thursday, August 29, 2013

raya 2013

selamat hari raya semua.

Adik beradik
Raya tahun ni amat meriah rasanya. Meriah kerana adik beradik2 keluargaku dan mertua semuanya ada.
Mmg kedua2 rumah meriah dengan jumlah ahlinya. rumahku tak yah critalah..total budak2 dari umur 1 bulan ke 17 tahun ada 15 orang, org2 dewasa 14 orang..wow ramaikan. bayangkan ada sebanyak itu budak2 mmg gamatlah tak kira siang atau malam rumah kita orang jerlah yg bising..

Raya tahun ni giliran rumah akulah pd sebelah pg, ptg  dah blk rumah ibu dan bapa suamiku. Adik beradiknya sorang jer tak ada, yg lain semua ada - 9 orang. Walaupun rumah tok abah dan tok ma dah tiada budak kecik tapi keriuhan anak2ku memecah kesunyian.

makan Time.
kalau time makan tu mmg rumah aku riuh rendah. ada 3 set hidangan. hidangan kat bawah untuk budak2, hidangan atas meja untuk para suami dan hidangan 3 untuk ibu2. menu, ada yg meriah dan ada yg biasa2 jer. tapi bila keadaan dah jd luar biasa apa yg dijamu semuanya licin.
bayangkan sekali goreng telor dadar 18 bijik..zap licin. beras abis yg 25 kilo tu untuk 1 week raya..ha..ha.. tok usah ckp la gula, milo, air gas, ais ketul dlllagi mknan semuanya sedap dan menyelerakan.

tempat tidur.
bayangkanlah kalau dah ramai cam tu..rumah nenek tu kalau dia dok sorang mmg luas. tapi bila dah semua ada jd sempit pulak..kena pandai2 ejas la tempat tido. sib baik rumah baru nenek sgt hampir dgn rumah lama. ada jugak yg tidur kat situ. tapi rumah tu dah uzur dan buruk (rumah lama aku)..rumah kayu..cucu semua panggil umah kak limah..knp? sbb lua nampak buruk..dlm lagi seram. penuh dengan barang2 nenek. periuh belangan dlll..tapi still boleh tidur..
aku tidur dimana? aku biasalah cuba gak cari pot yg tenang dan nyaman..kami terpaksa berpecah..suami dan kak long (kakak la) tidur kat luar dgn ahli2 yg lain. aku dlm bilik kakak yg ado air cond..heh..heh...alasan amirul dan kak ngah panas..

Tapi aku begilir2,  2mlm umah nenek, 2 mlm umah ma.. jadi ok2 lah.

gambar
biasalah bila anak2 semakin lincah, nak bgambar pun susah. Pagi raya nak merajuk la..jadi tak dpt bgambar bersama dgn suasana yg tenang..mcm2 reaksi muka ada. Amirul boleh lah sbb masih kecil dan didukung olehku. Kakaknya emmm susah benor. banyak gambar2 merapu.

disney XD
Kalo time raya ni mmg banyak citer2 menarik kat tv. tapi mlangnya amat susah skali nak tgk. Umi sibuk nge adik la. manakala kakak dialah yg dok control tv. baik umah nenek n umah tok abah..kacau btul. semua org geram jer..asyik2 channel disney XD. Padahal umah dia tak dok pun astro..pandai2 jer dok tekan..

itulah antara kenangan manis, masin suka duka raya ari tu...

layan jer la gambar2 ni..





alhamdulillah semuanya selamat..amin.


Friday, April 5, 2013

tunggu...

apa yang aku cita2 hampir mendapat..
btw tq papa coq bg dwpymt for my car. sayang papa.
anyway aku dah mula rasa hari yg makin mencabarlah buat diriku, sbb tak lama lagi aku kena bw kete sendiri. Ya Allah permudahkan.


Tuesday, January 22, 2013

sedih...

mood frust..sgt

entahlah ada beberapa perkara yang terasa hati ni sedih. biasalah kita manusia ni telah dianugerahi dengan sifat2 sedih, malu, kecewa, suka, duka, dan bermacam2 rasa lagi. kita saja tau diri kita di tahap mana. sedih gak la bila ada orang meletakkan diri kita di tahap paling minimun..kita berhak sedih. biasalah bila kita sedih kawan2 dan orng lain akan ckp jadikan itu sebagai pengajaran, muhasabah diri, ubah diri jadi yang lebih baik. sedap ah ckp tak kena nge korang...teruk sangat kah aku ni. tak kisah lah apa jua bab, bab keje ke, bab isteri ke, bab diri sendiri ke.

1. bab keje.. ye la aku mengaku ada bab yang kita ni sangat teruk senang cakap kan..tak pe la usaha lagi...ada gak ah terasa nak resign jer..tapi tu jalan mudah..

2. bab isteri ..susah sangat bila dapat suami bertaraf menteri ni, terlalu mengikut prosedur kerja, everything must excellent ...terlalu banyak jadual dia yang aku kena ikut..sedangkan terserlah sangat ketidakupayaan aku dalam satu perkara..iaitu tak leh bawak kete...he..he..bengon kan..mano logik ko dah kerja tapi tak leh bawa kete. mmg aku selalu rasa jadik beban, terhina dan terluka hanya kerana sbb tu. sedih sgt banyak kali kena sound..bukan dia marah tapi come on lah..aku nangis dlm hati..mulalah rasa nak bw hati..

3. ye la if aku pandai dan mahir bawak aku leh pergi, balik kerja bw anak2 aku sendiri, ikut jadual aku. so dia boleh la buat kerja dia walau ke langit hijau pun..aku tak kisah..tapi malang bagi aku terasa tak guna pun ada gak..

so pada tahun ni..cita2 dan impian aku nak beli keta..senang..nak tau plan aku

1. beli keta myvi---kalu mampu lah mampu kot, terpaksa harap2 jgn viva kodi
2. tukar anak2 skolah dan transit ke area putrajaya, amirul carik tabika kat putrajaya.
3. pagi2 aku hantar anak2 ke putrajaya, aku park kat erl putrajaya. pergi keje naik erl ke kl sentral. mula2 bawak kete mmg takut so paling dekat umah aku putrajayalah.
4. balik keja ambil anak2 . so drive safely to home..Ya Allah selamatkan kami.
5. abangku..tak kisah lah dia nak keje seteruk mana pun, mmg keje org laki pun carik duit BANYAK utk keluarga.marah nampak..tak lah..geram jer..namun aku sentiasa mendoakankan kekasihku itu sentiasa selamat..papa pada anak aku tu..sgt tegas...
6. mudah-mudahan aku berjaya..u all semua doa kan aku ye...

penilaiannya:
1. sbb tu lah aku masih tak dapat naik pangkat lagi.. if kena gi meeting lua tak kan aku nak tumpang org je..
2. tak kan suami ku nak kena hantar dan ambilku selalu...tak de perkembangan..cuba berdikari sket barulah super umi kan.
3. mudah2 hati ku tak terguris lagi.
4. bila mirul dah setahun dua nanti aku nak gi masuk kelas BI kat putrajaya..leh aku gi sendiri.. improve ur self..
5. aku pun leh gi mengikuti mana2 kelas agama, kelas buat roti ke,dgr ceramah ker mengenai pembentukan keluarga bahagia..he..he.. bw myvi..banyakkan impian aku..

pertingkatkan kemahiran diri, kerja dan rumahtangga...

Ya Allah permudahkanlah..amin

Monday, January 14, 2013

2013

2013 dah datang..

cepatnya masa berlalu, kita dah masuk thn 2013.
apa ye yang telah terjadi pd diriku, suami dan anak2..alhamdulillah semuanya bahagia.
tahun 2012 pa cer..
awal tahun tahniah kpd umi dah dpt lesen kerete, bulan january, tu pun tgh sarat mengandung 8 bulan.
29 february 2012 tahniah umi skali lagi - sbb melahirkan Mohamad Amirul Hakimin.
nurin amalia dan amalin meneruskan persekolah seperti kanak- kanak lain.
Papa semakin hebat menjadi seorang consultant..teruskan papa..
cuma satu je cita2 thun 2012 tak tercapai. ingat bleh naik pangkat..he..he..tapi belum ada rezeki, papa kata benda tu kita yang minta, so tak semua yang kita minta Allah akan bagi, lambat atau cepat, susah atau senang, semuanya datang dari Allah..tapi tak pe umi sekadar mencuba..
kehidupan seperti biasa, seperti rakan2 yang lain.
hantar anak sekolah, pergi kerja dan masa bersama anak2 dan keluarga.

2013
biasalah semua orang ada harapan dan cita2 baru..semoga kita semua akan mengecapi kebahagian dan terdidik menjadi insan bertaqwa. didik diri menjadi
hamba yang taat pada perintahNya,
isteri yang setia dan membahagiakan kepada suami yang comel dan penyayang,
umi yang cool dan sentiasa mendoakan putera dan puterinya2 dan
anak yang sentiasa sayang pada chek, ma dan abah.