Thursday, August 29, 2013

raya 2013

selamat hari raya semua.

Adik beradik
Raya tahun ni amat meriah rasanya. Meriah kerana adik beradik2 keluargaku dan mertua semuanya ada.
Mmg kedua2 rumah meriah dengan jumlah ahlinya. rumahku tak yah critalah..total budak2 dari umur 1 bulan ke 17 tahun ada 15 orang, org2 dewasa 14 orang..wow ramaikan. bayangkan ada sebanyak itu budak2 mmg gamatlah tak kira siang atau malam rumah kita orang jerlah yg bising..

Raya tahun ni giliran rumah akulah pd sebelah pg, ptg  dah blk rumah ibu dan bapa suamiku. Adik beradiknya sorang jer tak ada, yg lain semua ada - 9 orang. Walaupun rumah tok abah dan tok ma dah tiada budak kecik tapi keriuhan anak2ku memecah kesunyian.

makan Time.
kalau time makan tu mmg rumah aku riuh rendah. ada 3 set hidangan. hidangan kat bawah untuk budak2, hidangan atas meja untuk para suami dan hidangan 3 untuk ibu2. menu, ada yg meriah dan ada yg biasa2 jer. tapi bila keadaan dah jd luar biasa apa yg dijamu semuanya licin.
bayangkan sekali goreng telor dadar 18 bijik..zap licin. beras abis yg 25 kilo tu untuk 1 week raya..ha..ha.. tok usah ckp la gula, milo, air gas, ais ketul dlllagi mknan semuanya sedap dan menyelerakan.

tempat tidur.
bayangkanlah kalau dah ramai cam tu..rumah nenek tu kalau dia dok sorang mmg luas. tapi bila dah semua ada jd sempit pulak..kena pandai2 ejas la tempat tido. sib baik rumah baru nenek sgt hampir dgn rumah lama. ada jugak yg tidur kat situ. tapi rumah tu dah uzur dan buruk (rumah lama aku)..rumah kayu..cucu semua panggil umah kak limah..knp? sbb lua nampak buruk..dlm lagi seram. penuh dengan barang2 nenek. periuh belangan dlll..tapi still boleh tidur..
aku tidur dimana? aku biasalah cuba gak cari pot yg tenang dan nyaman..kami terpaksa berpecah..suami dan kak long (kakak la) tidur kat luar dgn ahli2 yg lain. aku dlm bilik kakak yg ado air cond..heh..heh...alasan amirul dan kak ngah panas..

Tapi aku begilir2,  2mlm umah nenek, 2 mlm umah ma.. jadi ok2 lah.

gambar
biasalah bila anak2 semakin lincah, nak bgambar pun susah. Pagi raya nak merajuk la..jadi tak dpt bgambar bersama dgn suasana yg tenang..mcm2 reaksi muka ada. Amirul boleh lah sbb masih kecil dan didukung olehku. Kakaknya emmm susah benor. banyak gambar2 merapu.

disney XD
Kalo time raya ni mmg banyak citer2 menarik kat tv. tapi mlangnya amat susah skali nak tgk. Umi sibuk nge adik la. manakala kakak dialah yg dok control tv. baik umah nenek n umah tok abah..kacau btul. semua org geram jer..asyik2 channel disney XD. Padahal umah dia tak dok pun astro..pandai2 jer dok tekan..

itulah antara kenangan manis, masin suka duka raya ari tu...

layan jer la gambar2 ni..





alhamdulillah semuanya selamat..amin.